Betul ke cemburu tandanya sayang ? emm sejauh mana kebenaran ayat tu r ?? kalau cemburu berlebihan tu akan membuat pasangan rimas mungkin akan beri impak kepada hubungan kan ? Jumm kita selidiki antara cara untuk menghadapi CEMBURU.
1. Cemburu biarlah berpada-pada
Semua orang pasti ada perasaan cemburu kan tak kira la mereka yg sedang dalam percintaan, dalam persahabatan, mahupun yang suda berumahtangga ! di sini, apa yg penting adalah kalau nak cemburu tu biar la berpada-pada, kena pada tempatnya . jangan sampai perasaan cemburu tu menguasai diri dan mendorong kepada tindakan yang melulu.
2. Jangan cepat berprasangka
Tahukan anda bahawa perasaan curiga dan prasangka mampu merosakkan hubungan ? jadi, kenali dan terimalah pasangan anda seadanya ! Anda perlu buat sesuatu jika pasangan anda benar-benar berubah sikap.
3. Sentiasalah bertenang
Perasaan cemburu yg melampau pastinya mengganggu rutin harian kan. Setiap gerak-geri pasangan sebolehnya nak saja dirakam setiap masa . jika anda curiga, luahkan saja kpd pasangan.
4. Beri peluang kepada pasangan
Jika anda mencemburui pasangan anda semata-mata akan kejayaannya, sebaik-baiknya anda harus berfikir kembali ! kan kejayaan dia kejayaan kita juga ^^ jika cemburu anda positif pastikan anda melipatgandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yg sama .
5. Memperhebatkan kemesraan
Kalau cemburu sekalipun jangan sampai ia membunuh kemesraan dalam perhubungan ya . Kalau bimbang pasangan akan dipikat oleh orang lain, apa kata anda tambahkan kemesraan yg mungkin semakin pudar kan . perbaiki kelemahan diri sendiri dan jangan biarkan kehadiran orang ketiga !
Selamat mencuba ya, tak ada cinta yg subur dengan sendirinya . dia kena ada usaha juga untuk mengekalkannya ^^V cinta hingga hujung nyawa.
4 88 kawan yang komen:
iLIKEthis entry..
ade pengajarannya disetiap sudut perasaan cemburu itu :)
betul tu ..plg sokong tang jgn cpt berprasangka buruk..skt aty jee kn ble kne tuduh..sabo je laa ^^
thanks .. buang yg keruh ambik yg jernih ^^
yups ... hehe ^^kena tuduh ke ?? kesiannn ~~
Post a Comment