my life as tyna aquazze :: i love it

D last day for this february !

Views

Haiii kawan kawan bloggerrr semua, how gonna ur day today ?? is everything gonna great kan.
Emm, 29 february 2012, d last day for this month and, akan jumpa 29. feb ni dalam masa 4 tahun akan datang lagi, isn't it ?

So, bagi mereka yang lahir pada tarikh ni, akan lambat lagi la nak celebrate befday dia kan.
ke nak celbrate 1 march ? untung la yg lahir 29hb feb ni.
awet muda kata orang ! hehe, apa2 pun memang speciall kan.
And, say gudbye to february n say halooo to march <3


Saje nak buat entri, coz 29 february kan, even homework banyak tapi tetap online juga !
jumaat ni semua nak kena submit kalau tak silap.
Finance, resume for human resources n keja statistic kut.

haha, mesti nak tiru kan, bak kata pepatah .... tet tet tet ..
hehe, okay la, nak off da. besok class petang 2 pm, puas la nak tidur ~

oya, selamat datang dan thanks kepada follower blog sy ni, da 5 months pun.
hehe, support dan mensupport !

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Selesai class untuk monday 27hb. 2012 !

Views

Selamat malam cayang2 semua ! jumpa lagi la kita . hehe apa kabar ? sihat ? ok la tu kan.
Emm hari ni class tak la padat sangat. kuliah jam 9:30 pagi tadi kan cancel.
Jadi ada class jam 5 pm ja tdi. lepas tu kuliah lagi pula dari jam 8 sampai jam 11 malam tadi. nak kata penat tak la penat sangat kan coz da rest gak waktu siang. hehe ...

btw, 3 jam tadi study pasal computer ja. bestttt ! banyak ilmu/pengetahuan yg sy dapat.
sebelum ni tak kisah pun semua tu. haha, tapi ok la.
bole di manfaatkan.

Toink toink toink ~


Ha, taw tak pic apa kat atas tu ? pinjam dari google ja ^^
mungkin ada yg lebih expert kan apa benda tu, dan ada juga yg langsung tak taw, macam sy.

Motherboard la beb ^_^
kami kena hafal setiap satu benda tu coz dye keluar time exam nanti . hu, bole ka hafal setiap satu tu ?
mesti bole kan... jeng jeng jeng. haha ~ kena hafal juga !

Oya, masa kat comp. lab tadi, masa nak habis masa n time rest, buka google ja sy dgn kawan.
kurang da perhatian dekat lecture.
nak taw apa kami tengok ? haha, sy tengok picture selena gomez ! 

sy suka tengok dye, cute ^^ hehe, siap save pic lagi dan buat background pc tu. haha. suka hati ja sy kan.
ni ha pic selena gomez tu.



comell kan .

kawan sy pula asyik nak tengok pic kajol, peminat hindustan la katakan. hehe ..
okay la masa untuk tido, besok ada kuliah pagi lagi, jam 8:30 pagi ^^V
nite anda <3

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Selamat pagi monday :D

Views

Selamat pagi anda anda semua ! pagi monday. keja dan skola start monday kan. tak semua tapi kebanyakkannya. So have a great day !
 mula kan hari anda dengan senyuman yg manis. biar nampak manis dan ceria. seterusnya mencetuskan mood awet muda ! haha, bettuullllll ^___^


Sy senyum da ni even pt tak masuk lagi. mesti ramai student yang tengah menghitung bintang ni kan, bila la pt tu nak masuk.
or kalau waktu siang ni pula menghitung udara segar. haha ^^

senyum pagi coz class pagi ni batal sebenarnya ! bestttnye bila dapat announcement class kuliah pagi ni batal ^^ yeehhhh ! suka sangat tapi bila fikir2 kuliah tu kena ganti d hari lain, surut da sikit semangat tu. haha, tyna2.

Dan, bila dapat announcement minggu ni tak payah datang kerja ~ hu, semangat nak g holiday dekat hawaiii kali kan. haha ~~

Aiiyoo, pagi2 lagi peerut sy da lapar la pulak. 
nak masak mee goreng ja la. jum masuk dapur kejap. haha, okay la nak masak dulu, alas perut. nanti dye masuk angin ^^V

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

When i can't find my blog ^^

Views

Selamat malam burung hantu semua ! haha, ayat tu yg selalu sy guna bila update status kat  fb.
terutamanya bila malam2 buta.
burung hantu a.k.a kaki muka book ! coz tak tidur lagi.
dan kat sini pula a.k.a to blogwalking <3

Okay la, according to my tittle above la kan, terkejut cikit juga la tadi kenapa sy tak bole buka blog sy.
bila nak tengok dashboard tu dye cakap account blog tyna ni tak wujud.
n bole digunakan untuk create account baru . 
isshh3 malas la nak buka baru kan.
means terpadam la yg sedia ada ni.

bila da usaha dia nak verify account pula ^^
ingatkan da kena hack. haha . apa pun tak bole ~

My Photo

Preepp preepp prep... haha, picture a few month ago, dekat i-city dulu sebelum cuti sem.
tak berapa terang pula. lewat da waktu ni tapi masih lagi jadi burung hantu.
lain kali nak g sana pula dengan buah hati kan.
you ! haha ~

Oya, cakap pasal buah hati, something wrong happen between us.
nak taw dengan lebih lanjut lagi ? 

K, just nak ctaw ni ja, berlaku salah faham yg bole diperbaiki antara sy dan dia.
puncanya ? sebab ... biarlah anda yg tentukannya.
hehe... ntah la. biar la apa nak jadi. setuju tak ?
issssssshhhh, macam2 ^^!
sayang dye ^__^

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Salam hujung minggu !

Views

Hai semua ... selamat bercuti di sunday ini . HEHE ada tak yg g shopping hari ni ? 
~ sy stay kat bilik ja.
tak jalan2 pun. besok nak kuliah lagi.

bosan juga kadang2 kat bilik ni ja tapi biar ja la . blog ja keja sy sebelum assignment bertimbun !
HAHA ~ 

semalam lagi sebenarnya nak buat entri ni tapi line yg sangat lembab buat sy hilang mood dan terus tidur,
tak sanggup nak tunggu loading. huhu ^^

nak buka fb pun lambat juga. nak tunggu page nak sign in pun kena 10 minit , bagus shut down ja lappy kan.
bila ada ja nak buat mula la line tenet tu buat hal. 
haha ~ malas nak tunggu.
kesabaran diperlukan masa tu tapi bagus sy tidur ^_^


Bestnya kalau takda masalah kan . freeeeeeeee ja . hehehe tapi hidup tak semestinya selalu macam tu.
bak kata pepatah hidup umpama roda, kita tak semestinya diatas, ada masanya kita berada kat bawah.

so, kena la siapkan diri selalu.
hidup tak selalunya indah but dari kita juga cmna nak buat ianya indahkan, hehe.

Have a greatt day !
i miss my lovely boyz too !

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Minggu pertama da cukup penat !

Views

Miss tyNa da rasa penat sangat ! belum pun complete one week kuliah minggu ni tapi rasa da penat sangat badan ni . otak lagi la penat .
sampai mata pun letih ja ! 
da la paper semester ni kebanyakkannya paper KILLER ! huhu, terfikir juga susahnya life student ni . kuliah berderet2 ! 
macam da tak cukup da udara ni bagi sy.
ada tak yg nak tolong sy ni ??
belum cukup seminggu da mengeluh, keja pun da mula nak minta diusahakan.

sabtu pun ada class juga, tak berkesempatan nak pegi church kalau schedule macam ni :( 
sunday ja sy dapat rest !!
jadual maybe tak tetap lagi, kena tukar2 lagi . 10 subjek = 30 jam kredit ! aiyoo budak business management.
macam ni la jadinya .



apa apa pun kena hadapi dengan GAH juga, tak kan nak mengalah bila da sampai tahap ni kan .
even tersangat la penat, thinking positif tyna !

Bersusah - susah dahulu, Bersenang - senang kemudian ^_^
kena usahakan dengan ikhlas kalau nak berjaya  kan.
Okay la, kena buat yg terbaik.
jangan biarkan pointer drop lagi.
Keep fighting tyna !!!!

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Hari ini first class ^_^

Views

Hai semua ! tyNa di sini . HEHE ~~ first class ? emm hari ini kuliah pertama sy selepas bercuti selama one month ! class pagi isnin, jam 9:30-11:30 . organization behavior o gelagat organisasi . hehe, dapat lecturer yg sporting gitu .. eehh, secret pula siapa dia . HAHA . lepas ni ada lagi kuliah petang jam 5-7 petang !

tak dapat lagi jadual sebenarnya, just intai intai cikit ja . lepas ni dapat nampak full la . hehe, agak busy juga la sem ni . ada 10 paper . dan kebanyakkannya paper killer ! aiyoooo, hopely everything is gonna be okay ! ^_^


Emmm, nampaknya miss tyna akan busy la semester ni . blog ni tunggu berhabuk baru sy datang kut . hehe .. dan, tak dapat balas kunjungan u all dulu k . 

untuk hari ni ja, sy da penat . penat jalan coz lama da stay rumah ja kan . tak penat pun badan, sekali begerak2 penat da pula . ahaha, okay la . nak rest jap . sama2 pegi class petang nanty ar . jumpa lagi ^^V 

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Sunday ^^

Views

Selamat hari sunday kawan blogger semua . anda sihat ? hehe, hopely sihat sihat belake la ye . Hari ni, last day da cuti semester . besok, bermula la lagi rutin sebagai student yang busy dengan assignment, stress, penat dan semuanya la . yang pastinya study kena enjoyy ! hehe ^^


Student = tak la susah sangat kan, kena study baik2 mesti semuanya ok . ye dok ? tapi sy study pun tak la study hard sangat, tapi study smart ja . hehe, bila nak exam baru buka buku . kalau tak, nah confirm tak buka buku pun .

Okay, cerita hari ini ? roomate ni da balik da just tinggal sorang yg tak balik . so, pegi tesco la tadi beli barang keperluan . barang keperluan = apa yang perlu la kan . hehe ^_^


Ada karnival belia kat luar tu, dari pagi tadi sampai sekarang tak habis . merempit la budak2 kat sana . hehe, sy pun tak taw sebenarnya apa motif semua tu . yang penting memang ramai belia remaja kat luar sana . nak taw ? g tengok sendiri . sampai bas pun susah nak lalu kat hostel ni . naik teksi la tadi g tesco selepas berpanas . hehe ^^V

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Nak hujan pula

Views

Ini la cuaca seremban sekarang ni . gelap tak ... ? kat pic bawa tu . kejap lagi nak nangis la awan tu . da tambah gelap . keberatan da awan tu tampung air kali . yang pastinya seremban mendung sekarang ni .


Tak cantik kan kalu gelap ja awan tu, kalau macam kat bawah ni baru cantik ^_^ . apa2 pun semuanya ciptaan Dia juga . 


Bak kata pepatah, langit tak selalu cerah . betul tak ? hehe ~~ hari ni tak ada pun cahaya matahari muncul .

Oya, awal pula sy bangun hari ni, seawal jam6:53 am . tapi sambung tido balik sampai jam10 stengah . haha ^^ lepas tu lepak2 dengan fb n tolong buah hati edit blog . nak tengok ? klik kat SINI. ada okay ? hehe .. mesti taw dari mana sy ambik tu kan . ^^

Apa2 pun sediakan payung sebelum hujan . mana taw ada yg nak pegi shoping, jogging ke . hehe, have a nice day ya !


Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Happy sabbath day ^_^

Views
Say happy blessed sabbath day to all my adventist friend <3 have a great day n as we now GOD is always good, all the time . praise to HIM ^^v


Emm, besok is sabbath day . tak dapat lagi pegi church . lama da sy tak pegi church ni . apa apa pun don't forget to prayer n seek HIM miss tyna ! 

God created for six days
And rested on the seventh
Then He blessed and sanctified it 
Calling it His Sabbath

He said, My children, it's our sign
It's one of My commandments
Keep it for eternity
Holy like I planned it .

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Apa da jadi bila kena komen ???

Views
Hahaha, akhirnya dapat juga pendapat dari blogger lain tentang blog sy ni . macam macam komen yg diberi dan tidak kurang juga yg bagi pujian . cewaahhh, hehe ^_^  apa apa pun semua tu sy ambik dengan hati yg positif, buat apa nak terasa kan, da memang suruh komen .

Tentang kekemasan, sy memang taw blog ni tak kemas . bila da dapat lagi pendapat bahawa blog ni tak kemas, sy try la kemas2 . buang widget yg tak berapa penting n buang benda yg bole beratkan loading . hehe !

So, macam ni la jadi blog sy sekarang . setelah beberapa masa sy ambik untuk belek sana belek sini, dan melalui proses pakai dan buang . kira okay la kut, tak taw di mata korang . hehe ...

Emm, sampai sini dulu . nak kemas sikit . petang nanti nak pegi mendaftar dan mayb g jalan2 kat jusco juga. Malam nanti baru jumpa balik . kbye ^^V

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

Views
BEN ASHAARI

HAHA, tengok cikit kat tajuk tu, sikit ja ke banyak2 ? eeii suka hati la kan . okay la, sy nak anda kritik blog sy ni . nak taw apa kekurangan dan kelemahan kat blog sy ni . mayb bole diperbaiki nanti kan .

 tak kira la apa2 ja . bak kata BA :: Dilarang sama sekali , mencaci maki , mengkritik di luar batasan dan tidak berasas dan elakkan dari menyakit hati empunya blog. Jadilah pengkritik yang bijak dan bersopan ^_^ .
nak join, just klik kat SINI .

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Be Positif !!

Views
haii kawan belloogg semuaaa ! apa khabar ?? eemmm harap harap dalam keadaan sihat la ya . tuan blog ni pun sihat juga . smileee ^___^ 
mulai hari ini tuan blog ni akan cuba untuk berfikiran positif . apa ja benda yg jadi anggap ja ada kebaikkannya kan . buat baik dibalas baik buat jahat jangan sekali . nak jadi orang jahat senang ja, tapi kalau nak jadi orang baik susah kan . apa ja nak buat kena ikhlaskan hati, jangan kedekut . jaga hati jangan sampai dia mengumpat .. n macam macam lagi la . coz hati la yg banyak sangat buat jahat . betul tak ?? HEHE ~~ terpulangla . apa apa pun tuan blog ni akan cuba perbaiki diri . sedar sangat tuan blog ni dengan perangai dan sikapnya sendiri . 
So, sorry banyak banyak la kepada yg terasa tu . kalau nak kena layan dengan cara baik kena la buat baik juga kan . jangan pula ada istilah kawan makan kawan, duri dalam daging ! dan yg seangkatannya ~~ hopely kita semua bole jadi yg terbaik cewahhh ~~ 
cuti masih berbaki 5 hari lagi . semangat juga ada kuliah coz takut kat rumah ni . seramm pula .. eii jauh jauh . bestnya kalau ada ramai kawan nanti kat rumah ni, beberapa hari lagi balik la mereka semua tu . okay la, sampai sini ja buat kali ni, dan sampai jumpa lagi ya ^__^ peaceee !

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

HAPPY BIRTHDAY !!

Views
Wish u happy birthday tyna ! have a great day . may GOD bless u ! ^___^ HEHE ~~ today febuary 11. 2012 is date of my birthday. have any thing thats come out to celebrate it ? emm forget it . in another day kut .
Da berumur suda tuan blog ni . agak agak berapa ya ? HEHE, cukup umur da ni nak khawin . nak kawin sangat . tengok muka macam nenek da ke ? bak kata buah hati . haha . suka hati la dia, tak kesah pun . kan kan kan .... ^__*
Macam biasa, tak celebrate pun tarikh kelahiran ni . hari ini sama dengan hari-hari kebiasaannya, mayb bagi sesetengah orang mesty istimewa sangat kan BIRTHDAY tu but not for me, takde pun yg special sangat . cewahh tak kan nak kasi keluar ayat kecewa pula tuan empunya blog . HEHE ~~ hari ni sama ja pun dengan semalam dengan besok . just angka yg berubah dan semakin hari semakin tua . semuanya pasti melalui perkara itu . betul tak ?
Okay tengok sikit kek birthday tahun lepas .. preview ! HEHE ~~
So, how ? cantekk tak ? kali ni tak merasa pula makan kek . hehe ~~ takpe la, kalau nak makan bole pegi beli kan . nah, mesti da taw kan berapa ratus da umur saya tahun 2012 ni . tak sangka da makin berusia, perangai tak pun berubah . hehe ^^ birthday tak tersambut tahun ni . tak dapat balik kampung lagi sy . dua kali da sambut tarikh keramat ni kat tempat orang . kesian orang merantau ni kan . 
Okay la, sampai sini ja tuan blog berceria tentang BIRTHDAY dia kali ni . harapan tuan empunya blog ni semoga semuanya sukses . sentiasa berjaya dengan usaha yang ada . lebih lebih lagi dalam pelajaran . semester 4 akan mula suda 20hb ni . doakan kejayaan sy ye ^__^ . amen <3

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Cara menghadapi cemburu ^^

Views
Betul ke cemburu tandanya sayang ? emm sejauh mana kebenaran ayat tu r ?? kalau cemburu berlebihan tu akan membuat pasangan rimas mungkin akan beri impak kepada hubungan kan ? Jumm kita selidiki antara cara untuk menghadapi CEMBURU.



1. Cemburu biarlah berpada-pada
Semua orang pasti ada perasaan cemburu kan tak kira la mereka yg sedang dalam percintaan, dalam persahabatan, mahupun yang suda berumahtangga ! di sini, apa yg penting adalah kalau nak cemburu tu biar la berpada-pada, kena pada tempatnya . jangan sampai perasaan cemburu tu menguasai diri dan mendorong kepada tindakan yang melulu.

2. Jangan cepat berprasangka 
Tahukan anda bahawa perasaan curiga dan prasangka mampu merosakkan hubungan ? jadi, kenali dan terimalah pasangan anda seadanya ! Anda perlu buat sesuatu jika pasangan anda benar-benar berubah sikap.


3. Sentiasalah bertenang
Perasaan cemburu yg melampau pastinya mengganggu rutin harian kan. Setiap gerak-geri pasangan sebolehnya nak saja dirakam setiap masa . jika anda curiga, luahkan saja kpd pasangan.

4. Beri peluang kepada pasangan
Jika anda mencemburui pasangan anda semata-mata akan kejayaannya, sebaik-baiknya anda harus berfikir kembali ! kan kejayaan dia kejayaan kita juga ^^ jika cemburu anda positif pastikan anda melipatgandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yg sama .

5. Memperhebatkan kemesraan
Kalau cemburu sekalipun jangan sampai ia membunuh kemesraan dalam perhubungan ya . Kalau bimbang pasangan akan dipikat oleh orang lain, apa kata anda tambahkan kemesraan yg mungkin semakin pudar kan . perbaiki kelemahan diri sendiri dan jangan biarkan kehadiran orang ketiga !



Selamat mencuba ya, tak ada cinta yg subur dengan sendirinya . dia kena ada usaha juga untuk mengekalkannya ^^V cinta hingga hujung nyawa.

Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Berdebar rasa nak cek result ^^

Views
Haiiiiiiiiiii ! nak jerit kuat2 ? HEHE ~~ bestnya perasaan da dapat result . kan kan kan ! result apa ? emm hari ni 9 feb 2012 , result final exam sem lepas keluar . bedebor rasa nak tengok result .. takut sangat lebih lebih lagi dengan subjek finance . masa exam FM dulu memang tak isi semua, da tak de idea nak isi apa lagi, teringat kata2 pujangga, JANGAN TINGGALKAN KERTAS JAWAPAN KOSONG ! tapi sy memang da tak de idea nak fikir . so, tinggal kosong ja la . first time dlam exam sy buat mcam tu .

Tengahari td ternampak la ada kawan post kat fb, kluar da result .. haii bedebar ja rasa jantung nak tengok . sy pun terus pegi cek la tapi asyik ralat ja page uum tu . dari jam12 tghari smpai la jam5 lebih baru dapat tembus n nampak keputusan sy tu ^^ banyak kan nak guna talian tu . kut . lepas dpat masuk page tu kena update profile pula . dia minta pula no.ic bapa . satu lagi masalah coz sy tak ingat pula ... da masa ni tak dapat cek kat rumah try pula pegi cek kat rumah buah hati kan . col kat kampung semua tak dapat .. haha, lama2 page tu tak brfungsi pula, n kakak sy mesej la no.ic tu kemudiannya . n teruskan usaha lagi untuk tembus page tu dengan bantuan buah hati ^^

Akhirnya sy dapat juga nampak keputusan sy ! nak taw ?? dapat 3.26 ! hehe . nasib baik tak repet paper . kira okay la sebab dapat pass semua kan . mati la sy kalau da paper yg kena ulang :( tapi syukur la, thanks GOD coz sy dapat pass semua subjek . happy ja rasa bila taw result sy macam ni, 4A, 3B, n 1C . C semestinya finance . nasib baik la dia sangkut juga .. memang la tak tinggi mana tapi sy rasa lebih baik la drpa kurang dri yg ni . HEHE ~~ 

Okay la, puas hati da sy nak bercerita result ni . hopely sem baru yg bakal bermula ni akan lebih baik lagi dan bole naikkan pointer .. cuti masih lagi bersisa 10 hari ^^ chayookkk tuan blog ! HEHE ~~ jom kita tingkatkan usaha !



Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Dinner dengan mangga :D

Views
Selamat malam pembaca blog miss strawberry ^^ harap harap sihat semuanya ya . HEHE ~~ nak dinner dengan miSs tyNa tak ?? jum .. dinner dengan mangga ya . sedaaapppp ^^ makan dengan lada, garam n kicap ja ... pernah makan macam cara sy ni tak ?? kat kampung sy selalu ja makan macam ni . tak taw la kalau seremban ni kan ... sedapppp . HAHA ~~ 

miSs tyNa dinner dengan mangga ja malam ni . lagi pun masih kenyang juga makan KFC tadi dengan Prince aQualeo ! . makan tak habis lagi, kenyang da kan . HEHE ~~  dan mangga ni pun dari Prince aQuaLeo juga :D agak agak kenapa dia bagi mangga ar ? saja nak bagi makanan tak sihat ke ? hehe, miss strawberry yang minta ni .. nak makan sangat mangga ! Okay la, kita makan mangga dulu ^^



Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Keluar jalan beli maggie :D

Views
Keluar semata mata nak beli maggie ja ? HAHA, macam la takde makanan lain nak beli kan . eemm tapi betul la , ingat nak beli maggie ja nanti kat jusco . petang cikit nanti coz musim kekeringan kan skrng .. HEHE ~~ tunggu beberapa hari la kut baru stabil skit . tahan je la nafsu nak makan makanan sedap . da skrng ni musim cuti tak pa juga kalau tak mkan nasi . kalau exam tak dpat da melalui zaman jepun ni . HAHA . harap harap tak hujan la . 

Jarang da update blog ni, kesian berhabuk blog miSs tyNa . HEHE ! macam tak de idea pula . wal hal kalau tak buka macam2 idea yg keluar . lepas ni ja la . cuti tinggal berbaki 13 hari . dan bermula la semester baru . semester 4 ! mesti lagi susah kan . emm kena hadapi juga . HUJAN suda ! cepat juga hujan ni turun, sebut ja nama dia , dia da turun .. susah la nak brjalan ni. harap2 petang nanti dia da brhenti nangis . okay la, jumpa lagi ya . bubye ^^v



Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

subuh, miSs tyNa tak tidur lagi !

Views
Akhirnya selepas sy nak bertungkus lumus nak lelapkan mata tapi tak juga mata ni nak tidur akhirnya ini hasilnya . buka lappy and buat report . HAHA ! lebih baik sy buka lappy drpada tidur . nak tidur kalau susah nak lelap tak best juga . besok ja la sy tidur . kenapa r mata ni tak nak tidur lagi ? mesti ada sebab kan .
Jum kita listkan antara sebab miSs tyNa tak tidur lagi . dan berikut merupakan sebab kenapa sebahagian orang ni tak tidur malam !


1. Suka berfikir .
- Betul tak ? pada pndapat sy la kan benda ni la yg buat sy dan anda tak tidur malam . kan kan kan . HEHE . k la, mengikut pengalaman la kan, mereka yg suka berfikir pada masa nak tidur ni memang susah nak lelapkan mata sebab mereka sebenarnya sedang memaksa otak mereka berfikir . thats why tak boleh nak tidur . berfikir mesti bersebab juga kan . sy - sebab berfikir tentang c dia . asyik nak gaduh ja ni . so sy pun mula la berfikir mcam2 . like this, mesti dia sengaja nak gaduh cz nak berpisah . couple ada motif kut . n mcm2 lagi . so, baik tak payah berfikir kan kalau nak tidur :D


2. Penyakit !
- Memang sah la seseorang tu berpenyakit kalau tak dapat tidur malam terutamanya pada setiap malam kan . HAHA ! Penyakit tak dapat tidur la beb . lupa apa nama penyakit tu . so, kena makan ubat la untuk tidur bagi mereka yg tak bole tidur malam . myb sy pun da trgolong dlm kategori ni kan . tpi kalau kat kampung jam9 mesti da tdur . teringat pula kat kg . senang ja nak tidur .


3. Terlebih tidur di waktu siang .
- Ha, ni pun salah satu sebab kenapa tak dapat tidur malam . mereka yg ada tidur siang tu kemungkinan besar akan susah nak lelapkan mata pada waktu malam . buktinya ? owner blog ni ! HAHA . sy da tidur yg terlebih sangat siang tadi . bangun pagi ja da jam12 lebih . lepas mandi n makan magie tidur lagi sampai jam7 . aiyooo betul2 la tak baik tabiat owner blog ni kan . patut la tak tidur sekarang ni . okay la lepas ni tak nak lagi tidur siang tapi kalau ngantuk juga ? tidur lagi la . HEHE ~~




4. Internet !
- Yeke internet ? bagi sy mungkin juga la . sbb ada internet ni sy bole buka blog n update semua . kalau tak de internet mesti skrang ni tengah bermimpi da kan . teringat blog la pendek kata . macam2 ja benda yg terlintas yg nak di post . tapi kalau da buka blog tu takde idea pula . HAHAHA . kesian la miSs tyNa ni . tak pe nanti tak payah bayar P1 tu . tak bole da buka blog n fb !


5. Perut takde isi .
- Hahaha, betul ke ni ? perut tak de isi tak bole nak tidur ? betul betul betul . HAHA ! jawab sendiri . k la, betul la kut . perut asyik nak minta isi ja tapi malas nak makan . tambah2 lagi hari ni makan maggie goreng dgn bread ja . mesti la da takde tenaga kan . tidur kena guna tenaga ? tapi takpe la, besok2 kut makan nasi . nak turunkan beret badan konon . HEHE . 


Okay la, cukup la untuk perkongsian malam ni, eeh silap . perkongsian untuk pagi ni pula . malas da nak tidur ni . so, besok pagi ja la tidur . jangan ja selalu buat macam ni ! and tabiat buruk tu time student ni ja la ia terjadi . nanti confirm tak jadi lagi . tidur tak lewat . bangun pagi tak lewat bangun . makan teratur, kesian perut . n berfikiran positif ! cewaahh .. nak ubah tabiat la knon kan . okay la, terima kasih sbb bazirkan masa membaca entry sy ni . have a great day ya !


Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Nak tukar template okay tak ?

Views
Haii semua ! hehe .. teringin pula nak tukar template blog sy ni tp rasa mcam sayang pula nak tukar . rasa2 okay tak kalu sy tukar ni ?? berfikir apa yg jadi kalu tukar nanti . HEHE .. bagi idea dulu . macam sempit ja blog yang ni kan . tak taw cmna nak adjust lebar blog ni . template tak bole ubah sbnarnya . huhu .. tak pe la . try dulu la .



Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Hey, blog sy termasuk dalam list jalan-jalan blog BEN ASHAARI LA !

Views
Hahaha, teruja tak ?? hahha  mestilah teruja kan . macam tak percaya ja . pelik tapi benar . bila sy tngok kt bloglist sy tu ada pula BEN ASHAARI tu buat entri jalan-jalan blog n ada 5 blog baru dia senaraikan . tak sangka pula ada miss strawberry story kat situ ! ahhahaha .. bengang tak ?? haha, macam tak pecaye je . patut la mcam ramai ja yg terjah blog sy ni . shoutmix tu pun skjap ja dia brtambah . popular konon skjap blog sy ni . emm apa-apa pun tq je la semua coz sudi jenguk blog sy yg tak seberapa ni . cewwaahh :D

Tak rugi juga bt blog ni kan, sy bljar ni pun curi2 ikut tuto kat LYSSA FAIZUREN tu .. thanks je la banyak2 . HEHHE .. bagi yg follow sy tu, dun worry, mesti di follow juga . termasuk mereka yg tinggalkan jejak kat shoutmix bucuk tu . haha .. k la nak out da, have a great day n happy weekend day u all !




Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Cara melupakan bekas kekasih anda :D

Views
Haii awak . HEHE, baru dapat buka blog hari ni . tak taw apa nak post kan . hehee .. okay la tu tajuk kat atas tu, sy dpat idea bila nmpak dri satu sumber . so sy copy2 cikit la . x baik copy 100% kan . privacy orng tu . hahaa .. k la, jum share2 tips cmna nak lupakan bekas kekasih bagi u all yg pernah putus cinta . sy ?? xpe la penah juga tapi kisah lalu . lama da berlalu n sy yg tinggal kan dia . HAHA ! jahat tak sy ? emmm whatever la . sekarang ni tengah nak  bljar nak setia pula :D


Awak sedih tak masa putus cinta tu ?? emmm mesti sedih nak mati kan, kesian ... haha . macam la dia sorang ja dlm dunia ni . masih ada lagi tu yg tunggu kat luar cuma masa dan kita ja yg nak tentukan nak ke tak bercinta lagi .
K la, baca tips kat bawan ni cmna nak lupakan bekas kekasih tu r :D

# firstly, anggap dia tak pernah wujud !
lebih mudah sbnarnya nak lupakan dia kalu dia yg luka kan hati anda trlebih dhulu . so, tak payah nk mimpi dia msih milik anda k . tak payah nak trmakan pujuk rayu dia juga . anggap ja dia tak pernah wujud dan kalau anda SANGGUP terima perbuatan dia yg sakitkan hati u tu KEMBALI je la kat dia . tapi jgan harap dia akan berubah 100% okay .

# tutup buku
tutup serapat2nya kalu u nak berpisah sngat dgn dia . anda harus ingat yg anda nak tamatkan hubngan tu dan kemungkinan besar anda akan brtemu dgn orng yg lebih baik drpada dia kn . tak mustahil kawan ! so, jgan sesekali bjumpa lgi dgn dia jika suda bpisah .

# jangan hubunginya lagi
penting ! JANGAN HUBUNGInya lagi . kecuali anda ingin rujuk semula dgnnya . memang susah nak lupakn ssorng yg kita cinta /sayang dlm masa yg lama kan tpi ia tak mustahil . tak payah nak mesej, e-mail, call or tnya dgn orng yg mengenalinya apa2 yg berkaitan dgn dirinya .

# sibukkan diri
anda ada banyak masa kan tanpa c dia . so sibukkan la diri anda dgn bt bnyak keja . jogging ke . masak ke . apa2 je la yg buat anda tak ingat dia . nanti dpat juga la pengganti dia tu .

# lupakan semuanya
memang susah nak lupakan dia kan tapi sampai bila nak berada dlm keadaan tu ? dia mungkin sedang bersenag-lenang dgn orng lain so tak de guna nya anda mengenang semua memori bersamanya tu . just lupakan sja k :D

# jauhi kawan-kawannya 
ha, jauhkan diri anda dri orng yg dekat dgnnya . mesti susahkan tpi demi kebaikan anda kena buat juga .anda perlukan masa utk melupakan semua tu dan kena kuatkan semangat . anggap je la semua yg berlaku tu ada hikmahnya .. cewahh .. hehe .

# jangan simpan barang2nya
apabila da dapat melupakan dia jgn sesekali toleh ke blkang lagi . sbb bila ja anda ingat kngan dgn c dia, semua barang dan tentang c dia anda akan ingat . so, simpan ja la semua tu di satu tmpat yg berkunci dan jgan sesekali melihatnya kmbali .

# keluar bersama2 dgn family atau kawan 
kenangan yg dtang tak mampu kita atasi dan ini akn mmbuat kita utk tak dpt menahannya . tpi hal ini dpat di atasi jika anda btul2 nak melupakannya . so, bawa la family or kawan brcuti ke tmpat yg anda tak pernah pergi . usah bersedih kerana dia . 

# pergi beriadah
myb semasa brsama dia anda tak pernah bersukan or beriadah kan . so, ini la masa anda melakukan semua tu . tak payah nak peruntukkan masa nak mengingati dia .

# selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan hati 
jika anda masih memikirkannya mungin agak sukar untuk anda meneruskan hidup baru tanpanya . jangan sesekali mengingati kisah manis coz ini akn buat anda sakit menanggung rindu . cewahh .. so, yg berlalu biar la brlalu . da tak de jodoh dgn dia kan dan jgan pula anda fikir hidup anda suda brakhir di sini . jangan fikir ini yg anda dapat ats sgla pngorbanan anda trhadapnya .

So, kena la kuatkan semangat bila diputuskan oleh sang kekasih ya . kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum ! HEHE . btw, good luck . teruskan hidup dgn gembira tanpa c dia . tak mustahil anda akn dpt pengganti yg lebih baik kan . chayook2 !!


Create by cik tyNa . tekan like kalau suka . chill ! peace ^_^ thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:)

Klik Nuffnang !